Karier Kang Daniel

Kehidupan awal dan pre-debut

Nama sebenar beliau adalah Kang Eui-geon (강의건) dan dilahirkan di Busan, Korea Selatan. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga[8]. Beliau membuat keputusan untuk menukar namanya secara rasmi selepas mendapati ramai yang sukar menyebut nama asalnya[9]. Atas saranan daripada seorang guru, beliau mula menari. Semasa menjadi bintang tamu dalam program Hello Counselor, beliau mengungkapkan bahawa beliau telah dibuli kerana rupa parasnya dan mula menari untuk membina kepercayaan diri. Sebelum muncul dalam Produce 101 Season 2, beliau telah menjalani latihan selama dua tahun dan sebulan. Pada awalnya, beliau menjadi pelatih di B2M Entertainment dan seterusnya di MMO Entertainment. Salah satu momen yang dikenali semasa tahun pelatihannya adalah penampilannya dalam Her Secret Weapon, di mana beliau menjadi penari latar untuk Cao Lu daripada Fiestar dan Sihyun daripada Spica semasa mereka membuat persembahan dengan lagu Invitation oleh Uhm Jung-Hwa.

2017-2018 : Produce 101 Season dan Wanna One

Artikel utama: Produce 101 Season 2 dan Wanna One

Pada tahun 2017, Kang mewakili MMO Entertainment dalam Produce 101 Season 2 dan berjaya menyandang tempat pertama sekaligus menjadi center untuk kumpulan Wanna One dibawah pengurusan YMC Entertainment.


Beliau secara rasmi debut bersama Wanna One di Wanna One Premier Show-Con pada 7 Ogos 2017 di Gocheok Sky Dome dengan mini-album 1×1=1 (To Be One). Semasa persediaannya untuk debut, beliau juga telah dipastikan akan menyertai episod perintis (pilot season) It's Dangerous Beyond The Blankets diterbitkan oleh MBC yang ditayangkan pada 27 Ogos. Dalam bulan yang sama, beliau terpilih sebagai penghias muka depan untuk majalah Weekly Chosun, dengan salah satu artikel memfokuskan tetang popularitinya di mata masyarakat. Beliau juga merupakan selebriti lelaki pertama yang muncul sebagai penghias muka depan untuk majalah InStyle. Beliau telah menjadi ahli tetap untuk program dari SBS, Master Key dan beliau dianugerahkan Rookie Award (Variety Category) di 2017 SBS Entertainment Awards.


Pada tahun 2018, beliau terlibat dalam beberapa aktiviti individu dan yang paling dikenali adalah beliau menjadi pelakon dalam music video Days Without You yang dinyanyikan oleh Davichi. Beliau juga terpilih untuk menjadi ahli tetap untuk It's Dangerous Beyond the Blankets musim kedua. Beliau sekali lagi dianugerahkan Rookie Award (Variety Category) di 2018 MBC Entertainment Awards. Pada 2018 Mnet Asian Music Awards, bersama-sama dua lagi ahli Wanna One, Park Woojin dan Kim Jaehwan, mereka memenangi anugerah Best Unit Award seabagai anggota Triple Position. Walaupun kontraknya bersama Wanna One telah tamat pada 31 Disember, beliau masih bersama mereka membuat penampilan sehingga konsert terakhir mereka yang berlangsung pada 24 Januari sehingga 27 Januari 2019.

2019: Solo debut dengan Color on Me

Pada 31 Januari 2019, telah dilaporkan bahawa beliau akan berpindah ke LM Entertainment selepas aktiviti bersama Wanna One telah tamat. Walaubagaimanapun, pada 21 Mac 2019, beliau telah memohon untuk menamatkan kontrak eksklusifnya dengan LM Entertainment. Wakilnya membongkarkan bahawa LM Entertainment telah menandatangani kontrak bisnes yang menjual kontraknya kepada pihak ketiga tanpa pengetahuannya. Pada 10 Mei, Mahkamah Daerah Seoul telah membantu Kang Daniel dan berjaya menamatkan kontraknya bersama LM Entertainment. Beliau akan menyambung kariernya sebagai selebriti tanpa campur tangan syarikat itu. Pada 10 Jun 2019, telah dilaporkan bahawa beliau menubuhkan syarikat hiburannya sendiri, KONNECT Entertainment.


Beliau dengan rasminya membuat kemunculan sulung sebagai artis solo pada 25 Julai 2019 dengan EP Color On Me. Merujuk Hanteo Chart, EP tersebut telah mencipta rekod baru untuk artis solo. Kang Daniel telah berjaya mendapat kemenangan pertama dengan What Are You Up To di Music Bank pada 9 Ogos 2019. Beliau menjalankan promosi untuk EP tersebut dengan acara fansign di Korea Selatan pada 31 Julai hingga 3 Ogos. Beliau menjalankan promosi untuk EP tersebut dengan acara fansign di Korea Selatan pada 31 Julai hingga 3 Ogos. Selepas itu, beliau memulakan jelajah acara bertemu peminat dengan menjelajah ke 6 buah negara iaitu Singapura, Bangkok, Taipei, Kuala Lumpur dan Manila sebelum kembali ke Seoul dengan acara bertemu peminat selama dua hari. Di tengah penjelajahannya, beliau juga menjadi hos untuk acara radionya sendiri di NOW, perkhidmatan penstriman audio dalam talian milik Naver. Kang Daniel Show ditayangkan semasa Chuseok sebanyak empat episod daripada 11 September hingga 14 September. Dalam bulan yang sama, pelancaran siri pelancongan pertamanya yang dinamakan Colourful Daniel akan ditayangkan di saluran rasmi Youtube milik Konnect Entertainment. Beliau muncul kembali untuk kali pertama dengan melancarkan dua single terbaru iaitu Touchin dan Adulthood. Tidak seperti debut solonya, Kang Daniel boleh mempromosikan Touchin dengan membuat persembahan di beberapa pertunjukan muzik dan memenangi trofi di The Show milik SBS MTV pada 3 Disember. Walaubagaimanapun, selepas seminggu mempromosikan lagu tersebut, Konnect mengumumkan bahawa Kang Daniel akan berehat daripada kariernya berikutan masalah kesihatan.


2020–terkini: Kemunculan kembali dengan Cyan

Pada tahun 2020, Kang Daniel muncul kembali dengan acara realiti Hello Daniel yang ditayangkan pada 4 Mac. Selepas itu, beliau melancarkan EP keduanya iaitu Cyan. Beliau memenangi beberapa trofi dengan single utamanya, 2U, di The Show, Music Bank, Show! Music Core, Show Champion dan M Countdown. Sebagai sebahagian daripada projek kolaborasi Pepsi dan Starship Entertainment yang bertajuk "For The Love of Korea", Kang Daniel dan Zico melancarkan mengeluarkan single mereka "Refresh" pada 23 April. Beliau mengambil bahagian dalam festival dalam talian 88rising's Asia Rising Forever pada 6 Mei dan konsert dalam talian TikTok Stage pada 25 Mei.Dia juga menyertai barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di Pepsi Online Showcase yang bertajuk "For The Love of Korea" yang akan disiarkan pada 27 Jun. Kang Daniel akan melancarkan OST drama pertamanya menerusi drama oleh SBS, Backstreet Rookie.

Rujukan

WikiPedia: Kang Daniel http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20170618000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20190610000... http://entertain.naver.com/read?oid=311&aid=000076... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://prpm.dbp.gov.my/ https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2018/08/07/8-i... https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2019/07/30/kan... https://www.hanteochart.com/ https://www.youtube.com/watch?v=Ee6ejnDQtCk